Khamis, 21 Februari 2013

Kerna Cinta Kamu

Kerna cinta kamu,
Mataku mudah terlena,
Jiwaku tenang sahaja,
Tenteram tiada duka.


Kerna cinta kamu,
Bagai dipuput bayu,
Membuat hatiku sayu,
Tenang dan mendayu.

Kerna cinta kamu,
Dapat aku berkelana,
Hidupku tiada merana,
Membawaku ke sana.

Kerna cinta kamu,
Telah aku berjaya,
Tanpa kamu bertanya,
Tetap kamu percaya.

Kerna cinta kamu,
Senantiasa bersamaku,
Selamat bersama doamu,
Dalam setiap nafasmu.

Kamulah oh inspirasiku,
Penawar duka laraku,
Maafkanlah oh anakmu,
Pintaku oh ayah dan ibu.


TintaresaM
3.59 AM
27032012


Ahad, 3 Februari 2013

Mendung Ini


Mendung ini,

Membawa aku jauh,
Jauh dari masa ini,
Aku berlari bersama,
Kenangan yang mengalir.


Mengalir lalu ke pipi,
Hangat tak melecuhkan,
Rindu pada kenangan,
Kenangan nan jauh.


Perlu aku kembali,
Mengejar hujan bagai dulu,
Terhidu bauan tanah,
Ketika hujan mencecah bumi.


Tiada gelap tiada cerah,
Masih terpandang jauh,
Pada peristiwa semalam,
Yang tiba-tiba terpancar.


Dalam tak sedar,
Yang aku sedar,
Tiada yang sedar,
Belum lagi terjaga.

TintaresaM
120113
5:33 PM