Ahad, 3 Februari 2013

Mendung Ini


Mendung ini,

Membawa aku jauh,
Jauh dari masa ini,
Aku berlari bersama,
Kenangan yang mengalir.


Mengalir lalu ke pipi,
Hangat tak melecuhkan,
Rindu pada kenangan,
Kenangan nan jauh.


Perlu aku kembali,
Mengejar hujan bagai dulu,
Terhidu bauan tanah,
Ketika hujan mencecah bumi.


Tiada gelap tiada cerah,
Masih terpandang jauh,
Pada peristiwa semalam,
Yang tiba-tiba terpancar.


Dalam tak sedar,
Yang aku sedar,
Tiada yang sedar,
Belum lagi terjaga.

TintaresaM
120113
5:33 PM

4 ulasan:

Anis Farhana Ahmad @ Afam Ahmad berkata...

Simpan kenangan tu sbg KENANGAN.
jgn simpan kenangan tu sbg peneman.
Enjoy your life!
Cheers!
Sama2 kita ambil iktibar okey!

Tinta_Resam berkata...

noted...!

Tinta_Resam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Afam Ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan