Ahad, 27 Oktober 2013

IGAUAN

Dalam pertemuan ini,
Tertanya-tanya sendiri,
Mengapa sering mencari,
Sedang tiada nak erti.

Selindung sebalik pandang,
Yang pandang jika tenang,
Yang tenang jika senang,
Adakah senang hari datang.

Bukan kerna nak jasa,
Bukan kerna nak kuasa,
Hanya mahu yang biasa,
Serah Tuhan yang Kuasa.

Melihat coretan nan lampau,
Yang lepas masih terimbau,
Yang datang tak langkau,
Yang tak putus pantau.

Tiada takluk dek kurnia,
Tiada nampak yang selia,
Dengan iktikad yakin percaya,
Yang hina jadi mulia.

Yang lepas jadi kenangan,
Yang datang jadi kenyataan,
Yang nanti jadi angan,
Yang kini jadi igauan.

Ahad, 20 Oktober 2013

Oh Qasidah

Bukan mencari pada wajah,

Namun goyah segala amarah,

Berteman kamu segenap arah,

Hati gundah hilang resah,

Oh rupamu nan indah,

Cantik dalam banyak wajah,

Terasa dalam aliran darah,

Yang lemah menjadi gagah,

Yang marah menjadi lemah,

Yang sepi menjadi ghairah,

Yang terang tiada syubhah,

Yang berjuang tiada rebah,

Bagaimana katanya bidaah,

Kata memuji pemberi syafaah,

Penghulu alam kekasih Allah,

Sedang riak mendapat faedah,

Sedang ikhlas mendapat barokah,

Asyik dalam lamunan Qasidah.