Dalam pertemuan ini,
Tertanya-tanya sendiri,
Sedang tiada nak erti.
Selindung sebalik pandang,
Yang pandang jika tenang,
Yang tenang jika senang,
Adakah senang hari datang.
Bukan kerna nak jasa,
Bukan kerna nak kuasa,
Hanya mahu yang biasa,
Serah Tuhan yang Kuasa.
Melihat coretan nan lampau,
Yang lepas masih terimbau,
Yang datang tak langkau,
Yang tak putus pantau.
Tiada takluk dek kurnia,
Tiada nampak yang selia,
Dengan iktikad yakin percaya,
Yang hina jadi mulia.
Yang lepas jadi kenangan,
Yang datang jadi kenyataan,
Yang nanti jadi angan,
Yang kini jadi igauan.
2 ulasan:
Mungkin nak kene main ganguro girl sambil melayan tabligh dan bob mengikat tuala di perut
Dan tabhligh pun tgok bob main smbil menggelengkan kepala tnpa menutup mata..
Catat Ulasan