Ahad, 30 Oktober 2011
JODOH
Namun belum bertemu,
Nanti jumpa satu,
Seribu datang bertamu.
Siar sudah tentu,
Datang sang tetamu,
Bila terbuka pintu,
Rindu nak bertemu.
Dalam fikiran buntu,
Jalan ku ketemu,
Biar hilang sertu,
Kamu aku aku kamu.
TintaResam
30102011
1740
Khamis, 26 Mei 2011
Perasaan Ini
Mungkinkah ia kurnia,
Berdosakah aku andainya,
Biarkan ia sia-sia.
Perasaan ini,
Mungkinkah ia hadir,
Rugikah andai takdir,
Amalan tiadaku lampir.
Perasaan ini,
Mungkinkah ia tercipta,
Bodohkah jika semata,
Tiadaku timbang rata-rata.
Perasaan ini,
Mungkinkah ia direka,
Untunglah mungkin jika,
Membuang Nafsu yang meneka.
Perasaan ini sedang bersaka,
Hati ini sedang berpuaka,
Jika benar penyambung pusaka,
Akan ku tunggu saat dan tika.
tintaresam
25052011
1234
Isnin, 4 April 2011
Dalam Pandang
berkenan bukan terkenan,
berlembut dalam santunan,
berkenan pada perasaan,
melirik pada senyuman.
mata yang bak bersinar,
siapa yang hendak melakar,
hamba yang rasa tertampar,
dunia yang bagai berputar.
secarik sejauh bak selembar,
sebidang dekat tak terbiar,
sekuak hamba tak terpusar,
sepandang hamba yang berpinar.
Jumaat, 4 Februari 2011
Persis
Yang bermain di segenap naluri,
Bagai tiada arti tersembunyi,
Bagai mudah diberi arti.
Layarku rasakan terhenti,
Di sebuah pulau tiada penghuni,
Ku cari cahaya menembusi,
Bermain bayang-bayang sendiri.
Sunyiku tiada sendiri,
Temanku tiada ber-arti,
Tiada aku terus menanti,
Melain menunggu nanti.
Di ruang maya ini,
Ku berkongsi hati,
Pada yang mahu meng-arti,
Pada manis secebis puisi.
TintaResam
Selasa, 18 Januari 2011
Pokok Lemba

Sejenis tumbuhan berumpun yang gemar hidup di kawasan yang redup dan terlindung dari matahari. Buahnya mempunyai rasa manis sehinggakan apabila kita minum air atau makan apa saja selepas makan buahnya, semuanya terasa manis. Bahagian yang digunakan ialah akar dan buah.
Kegunaan 1. Bahagian akarnya berfungsi untuk: ~ Mengubati sakit ginjal, ~ Menguatkan fungsi seks ~ Menghilangkan sakit perut kerana kesejukan. ~ Mengubati sakit kepala ~ Mengubati ulser mulut >>akarnya direbus sehingga mendidih dan dibuat kumur2
2. ~Buah lemba yang manis boleh menggantikan gula bagi pengidap kencing manis. ~ Buah lemba yang manis dicampurkan dengan air dan diminum amat sesuai untuk meredakan demam. 3. Ia juga dikatakan boleh mengubati demam malaria 4. Mengubati batuk 5. Merawat bengkak 6. Melawaskan kencing 7. Sebagai ramuan ubat periuk bagi wanita. 8. Biji lemba yang berwarna hitam seperti biji selasih dicampurkan dengan sirap dapat menyejukkan badan 9. Daunnya yang kering boleh dipintal menjadi tali (sumber http://fazlisyam.com/2007/12/14/lemba-molineria-latifolia)

Ada satu cerita di Pahang di mana ada seorang Pegawai British sampai di Pahang. Orang kampung memberinya makan buah lemba. Apabila terasa haus, dia lantas meneguk air Sungai Pahang, ketika berperahu di Sungai Pahang. Dia sangat terkejut bila dia rasakan air Sungai Pahang itu manis. Padahal manis buah Lemba itu lekat di tekaknya, sehinggakan apabila kita minum air tawar, air itu akan terasa manis.
Saya pernah mencubanya, dan ternyata, memang betul. Persoalannya, sudah adakah kajian dibuat untuk menggantikan gula tebu kepada mungkin gula dari ekstrak buah lemba?
Sabtu, 16 Oktober 2010
Hikmah Di Sebalik Kutip Getah... bhg 2
Belum sampai beberapa meter kaki ini melangkah, sudah ku rasakan longgar lututku ini. Masih, abah masih berjalan. Baru- baru ini, baru aku aku ketahui yang abah menanggung sakit yang tiada terkesan oleh mesin-mesin dan tanggapan moden seorang doktor. Sudah lama abah menanggung kesakitan tanpa pernah terkeluar dari mulutnya bahawa dia sangat sengsara. Sakitnya tidaklah kuat, tetapi kerap. Abah masih lagi kuat, berjalan lebih laju daripadaku, walaupun ku tahu lututnya sudah lemah. Kata orang yang mengubat abah, “ benda ni dah lama dan lekat dalam badan, dah sebati..." sudah lama, memang sudah lama. Firasatku yang melihat hanya sekelumit dari dirinya yang menanggung.
Langkah terhenti di hadapan pokok belimbing di kebun tokki, tempat yang selalu abah meletakkan begnya. Abah membuka beg yang selalu dibawanya pergi menoreh. Dia mengeluarkan bekas ubat nyamuk dan menyalakan ubat nyamuk. Bekas ubat nyamuk yang abah beli untuk aku, ketinggalan di rumah. Abah menggelengkan kepala, lantas menghulurkan bekas ubat nyamuknya kepadaku. Padahal, nyamuk menghurung abah bagaikan kelulut menghurung sarangnya. Bagai istilah orang kampung, ‘berbulu’ nyamuk menghurung abah.
bersambung bila ada mood....
Selasa, 31 Ogos 2010
BERSYUKURLAH
BERSYUKURLAH
Aduhai anak pasca merdeka,
Sudah alpakah kita semua,
Mana perginya tanda syukur,
Pada jasad yang terkubur,
Untuk dia yang Empunya.
Aduhai,
Bersyukurlah
Dari hamburan tangis Shabra dan Shatila
Bersyukurlah
Dari serpihan perjuangan Al Aqsa
Bersyukurlah
Dari jenuh perjuangan Palestin
Bersyukurlah
Lama sudah kita Merdeka
Aduhai
Bersyukurlah
Syukur itu tangis dan tawa
Bersyukurlah
Syukur itu suka dan duka
Bersyukurlah
Syukur itu penawar sengketa
Bersyukurlah
Agar terhindar kita dari terleka
Aduhai anak pasca Merdeka
Ucap syukur pada Pencipta
Ya Kasih Ya Sayang,
Atas Nama-Mu
Sujud Syukur Cintaku
TintaResam
11:30 pm
28/08/10


